Ciri-ciri stesen Stesen LRT Glenmarie

Lokasi

Bagunan stesen LRT terletak di atas Jalan Lapangan Terbang Subang, Kelana Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 1km daripada Persimpangan Subang Lebuhraya NKVE. Terletak berhampiran stesen ini adalah Wisma Amfirst, Plaza Glomac, Kelana Business Center, Accentra Glenmarie, bagunan CGC Malaysia, Lincoln University College dan Stadium MBPJ.

Pelan stesen (Laluan Kelana Jaya)

L2
Platform KJ
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Subang Jaya)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Ara Damansara)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki merentasi Jalan Lapangan Terbang Subang
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kereta, Kelana Business Center, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 569 petak parkir kereta[5] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[6]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T774 berkhidmat di stesen ini.